Monday, March 24, 2008

GURU-GURU SMK FELDA NERAM

Senarai Guru SMK Felda Neram, 2008

Wan Kembang bt Jusoh
Pengetua
Bachelor Art (HONS) Syariah, UKM

Haris bin Yusoh
GPK Pentadbiran
Master Pend., Bachelor Pend. UPM

Mohd Azmi b. Abd Rahman
GPK HEM
Bachelor Ekonomi (HONS), UKM, KPLI

Ab. Rafar bin Sulaiman
GPK Kokurikulum
Bachelor Art (HONS), UKM

Nor Mylinun bt Ali
Kaunselor
Bachelor Art (HONS), UPM

Ab. Manaf bin Daud
G.Penolong
Bachelor Art (HONS) Usuluddin, UM

Azmi bin Mohamad Daud
G.Penolong
Bachelor Engineering (HONS) Elektronik, KPLI

Baharin bin Bahar
G.Penolong
Bachelor Engineering (HONS) Elektrik, KPLI

Ghaffa bin Hamzah
G.Penolong
Bachelor Maths. (HONS), OUM

Harith bin Mohd Rapi
G.Penolong
Bachelor Science (Perikanan), UPM, KPLI

Juraidi bin Jusoh
G.Penolong
Bachelor Pend. Sains Sukan, UPSI

Mohd Faiday bin Khalid
G.Penolong
Bachelor Science (IT), UPSI

Mohd Ruzaman b. Mat Husain
G.Penolong
Bachelor Science (HONS) Bio. Molekul, UKM, KPLI

Mohd Yusri bin Ibrahim
G.Penolong
Master Science (UPM), Bachelor Science (HONS) Fizik, USM, KPLI

Saidi bin Tahir
G.Penolong
Bachelor Edu. (HONS), USM

Saiful Azmi bin Mohd Nor
G.Penolong
Bachelor Engineering (HONS) Bahan, USM, KPLI

Syahrizal bin Kamar Zaman
G.Penolong
Bachelor Edu.TESL (HONS), UPM

Tun Othman b. Tun Abu Bakar
G.Penolong
Bachelor Engineering (HONS) Mekanikal, USM, KPLI

Afifah bt Ayub
G.Penolong
Bachelor Science & Tekno.Mknn, UPM, KPLI

Ariza Suzana bt. Muhamad
G.Penolong
Bachelor Perancangan Bandar, USM

Azlila bt Abd. Ghani
G.Penolong
Bachelor Sc. Edu (HONS).

Fadilah bt. Abdullah
G.Penolong
Bachelor Science Ed. (HONS), USM

Fatimah bt. Kassiam
G.Penolong
Dip. Perguruan – MPPP

Juliana bt M. Deris
G.Penolong
Bachelor Tekno.Mknn (HONS), USM, KPLI

Nor Hazani bt Hussin
G.Penolong
Bachelor Art . Edu (HONS) , UPM

Nor Aini bt Mat Saman
G.Penolong
Bachelor Art BI , UPM, KPLI

Nor Hasnira bt. Aziz
G.Penolong
Bachelor Akaun (HONS), UUM, KPLI

Nor Suzilawati bt. Alias
G.Penolong
Bachelor Art Ed. (HONS), USM

Nor Zalwani bt. Deraman
G.Penolong
Bachelor Art, UITM

Norizah bt Jaafar
G.Penolong
Bachelor Science Ed. (HONS), USM

Norizan bt. Ab.Ghani
G.Media
Bachelor Edu.(HONS), USM

Suriati bt. Muda
G.Penolong
Bachelor Art (HONS) Sastera, UM

Zaipah bt Muhammed
G.Penolong
Bachelor Art (HONS) Usuluddin, UM

Zuraida bt Muda
G.Penolong
Bachelor Art (HONS) Syariah, UKM

Zurita bt. Othman
G.Penolong
Bachelor Science Ed. (HONS), USM

LAGU SEKOLAH

Lagu rasmi sekolah :

Pencipta Lirik dan Lagu : Encik Abdul Rahman bin Husin

ILMU ,BUDI DAN JASA

Ilmu Budi dan Jasa
Slogan yang utama
SMK Felda Neram
Menjadi Kebanggaan

Belajar jadikan amalan
Menuju kecemerlangan
Berdisiplin berketrampilan
Menjayakan wawasan

Jadilah warga, yang berjati diri
Sahsiah terpuji cemerlang rohani
Jadilah warga yang menabur jasa
Kepada agama, bangsa dan negara

Mencapai keredhaanNya.

BENDERA


Bendera SMKFN terbina daripada tiga jalur tegak memanjang yang mengandungi warna utama iaitu Biru, Jingga dan Kuning. Ditengah-tengah bendera tersebut tertera singkatan SMKFN.
Huraian bagi ketiga-tiga warna utama bendera sekolah ialah seperti berikut :

BIRU : Melambangkan perpaduan dan muhibbah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti.
JINGGA : Melambangkan lokasi sekolah iaitu kawasan Felda dan KETENGAH yang terkenal dengan ladang kelapa sawit sebagai sumber ekonomi yang utama.
KUNING EMAS : Melambangkan kualiti yang ingin dicapai oleh sekolah dengan pengemblengan usaha mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang.

AKRONIM SMKFN kata singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram. Kedudukannya di tengah-tengah bendera menjadi fokus utama sebagai pusat kecemerlangan dan tanggungjawab warga sekolah menjaga maruah dan nama baik sekolah.

LENCANA SEKOLAH


PERISAI : Melambangkan semangat dan kerjasama di antara guru dan murid dalam menangkis gejala-gejala tidak sihat dengan menjadikan ilmu sebagai benteng membentuk waja diri dan jati iri
BUKU : Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA : Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk mengejar kecemerlangan ICT dan bersaing dengan arus perdana dalam era ledakan maklumat dan globalisasi.
LIMA LINGKARAN CINCIN BERKAIT Melambangkan empat rumah sukan dan satu daripadanya mewakili sekolah. Ia juga melambangkan perhubungan dan kerjasama warga sekolah untuk mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
RIBEN : Melambangkan keceriaan. Di dalamnya terkandung nama sekolah menunjuk kan usaha gigih yang ingin dicapai oleh sekolah sebagai institusi pendidikan yang ceria,kondusif dan selamat.
WARNA KUNING EMAS : Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan.
WARNA BIRU :Menunjukkan perpaduan dan muhibbah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan.
WARNA JINGGA Melambangkan warna kelapa sawit sebagai sumber ekonomi yang utama di kawasan Felda Neram dan juga wilayah KETENGAH
WARNA PUTIH Melambangkan kesucian,kesabaran,kesempurnaan dan keamanan sebagai entiti kecemerlangan pendidikan.

Sunday, March 23, 2008

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.
Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah.
Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22 orang guru, 3 orang kakitangan sokongan, 8 orang pekerja swasta serta 2 orang Pengawal Keselamatan menjadi tunggak sekolah.
Pak Abas dan Puan Esah pula telah diberikan kawasan ladang sawit yang baru dan sedikit pampasan. Sungguhpun yang patah, tetap akan tumbuh, yang hilang pasti berganti, namun yang tumbuh dan yang hilang selalunya tidak akan sama dengan yang patah mahupun yang hilang dahulu. Kemurnian hati kedua-orang peneroka ini telah menyenangkan masyarakat di sini kerana anak-anak mereka tidak perlu lagi ke SMK Cheneh Baru yang letaknya kira-kira 25 km semata-mata untuk menuntut ilmu.
Pengambilan pertama pelajar di sekolah ini bermula pada 1 Jun 2002. Kumpulan perintis ini diambil daripada anak-anak peneroka Felda Neram Satu yang bersekolah di SMK Cheneh Baru. Sementara itu, sebahagian besar guru juga daripada sekolah tersebut. Sekolah ini bermula dengan tingkatan 1 dan 2 serta dua kelas tingkatan 4. Memandangkan jumlah pelajar yang sedikit dan bilangan kelas yang mengcukupi, sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Memandangkan persamaan rumpun bangsa iaitu Melayu dan latar belakang sosioekonomi yang sama, maka tidaklah sukar untuk para guru dan pentadbir sekolah untuk menguruskan pelajar SMK Felda Neram.
Bermula daripada 16 Jun 2002 sehingga 10 Ogos 2003 iaitu selama lebih kurang satu tahun dua bulan, sekolah ini diterajui oleh En. Mahzan bin Hamzah iaitu Penolong Kanan Pentadbiran. En. Mahzan bin Hamzah telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Terengganu untuk menjalankan tugas sebagai pengetua. Ketibaan Pengetua pertama yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah iaitu En. Abdul Rahman bin Husin yang melapor diri pada 10 Ogos 2003, telah memberi satu sinar baru kepada warga sekolah. Dengan motto sekolah iaitu “Ilmu, Budi dan Jasa”, En. Abdul Rahman mengharapkan agar pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa ‘Berkembang maju akal dan minda, bersemarak budi dan jasa’. Banyak agenda pembangunan sekolah telah direncanakan dengan licin dan berkesan. En. Abdul Rahman bin Husin telah berkhidmat di SMK Felda Neram sehingga 1 Februari 2006. Seterusnya, SMK Felda Neram menerima perubahan yang baru apabila diurus oleh seorang pengetua perempuan. Pengetua SMK Felda Neram mulai 1 Februari 2006 hingga kini ialah Puan Hajjah Wan Kembang binti Jusoh.
Pentadbiran baru sekolah telah menyaksikan perubahan baru kepada misi dan visi sekolah. “Sentiasa Cemerlang dan Unggul” menjadi visi SMK Felda Neram mulai tahun 2006. Melalui visi sekolah, Pn. Hjh Wan Kembang mengharapkan agar pelajar-pelajar SMK Felda Neram sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, baik akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri. Mulai 1 November 2007, SMKFN mula ditadbir oleh pengetua yang baru iaitu Tn. Hj Mazlan bin Ahmad, yang menggantikan Pn. Hjh Wan Kembang Jusoh yang bertukar ke SMK Bukit Mentok, Kemaman.
Sekolah yang baru setahun jagung dibuka ini telah telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pada tahun 2004, dua orang pelajar telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam bidang kokurikulum apabila mereka berjaya mewakili pasukan Kadet Polis Terengganu ke kor Kadet Polis peringkat kebangsaan dan telah berjaya mendapat naib johan dalam acara jalan lasak. Kecemerlangan dalam kokurikulum juga terbukti apabila jaguh-jaguh silat olahraga sekolah telah berjaya menjadi johan pertandingan silat peringkat negeri Terengganu sekaligus mewakili Pasukan Terengganu ke pertandingan silat peringkat kebangsaan.
Kecemerlangan dalam bidang kurikulum atau akademik pula terbukti apabila seorang pelajar pertama telah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula peningkatan telah berlaku apabila dua orang pelajar telah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR.
Pada tahun 2007, sekali lagi warga SMK Felda Neram boleh berbangga kerana seorang pelajar telah mewakili pasukan bola baling negeri Terengganu dan pasukan tersebut telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bola baling MSSM bagi kategori P15. Seorang pelajar perempuan juga telah mewakili pasukan negeri Terengganu ke Pertandingan e-PPDa yang julung kali diadakan, dan telah berjaya menggondol tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Ternyata, kerja kuat dan semangat warga sekolah telah membawa pelajar-pelajar kawasan Felda ini sehingga ke peringkat kebangsaan.
Jumlah pelajar sekolah ini telah meningkat dengan enrolmen pelajar pada tahun 2007 ialah seramai 530 orang. Manakala jumlah tenaga pengajar pula ialah 35 orang, 8 orang kakitangan sokongan, 12 orang pekerja swasta dan 3 orang pengawal keselamatan.




BILIK AUDIO VISUAL



Bilik audio visual/tayang sekolah juga merupakan bilik khas yang terletak di tingkat 3, bangunan Anjung Jasa. Bilik yang terletakbersebelahan dengan perpustakaan sekolah ini turut dilengkapi dengan OHP, televisyen, skrin putih dan set pembelajaran.

PERPUSTAKAAN


Perpustakaan sekolah terletak di tingkat 3, Blok Anjung Jasa, SMK Felda Neram. Perpustakaan sekolah merupakan bilik khas yang boleh memuatkan seramai 80 orang pengguna dalam satu-satu masa.